Suara Pembaharu ideas 2018

Tercatat, Tunisia yang meraih Kemerdekaan penuhnya pada 20 Maret 1956. Awalnya, dihuni oleh puak Barbar setelah itu pantainya kemudian dihuni oleh orang-orang Phoenicia, bermula seawal abad ke 10 SM lagi.
Pada abad ke 7, kawasan ini ditaklukkan kaum Muslim Arab yang mengasaskan kota Kairouan, Dinasti-dinasti Muslim yang berturut-turut memerintah, oleh pemberontakan-pemberontakan Barbar. 
Pada abad ke 12, pantai-pantai Tunisia kemudian ditakluk kaum Norman dari Sicily denan tempoh yang singkat. Selanjutnya, Tunisia ditakluk para khalifah Al-Muwahhidun tahun 1159. Mereka kemudian digantikan kaum Hasfid Barbar (k.k. 1230-1574) dan di bawah kaum ini, Tunisia berkembang maju. Akhir abad ke 16 Pantai tersebut menjadi sebuah kubu lanon dan pertengahan 1800-an, kerajaan Tunisia di bawah pemerintahan Bey menjelaskan kewajarannya dengan membuat beberapa keputusan keuangan yang penuh dengan perbalahan yang akhirnya mengakibatkan kejatuhannya.
Perancis kemudian merancang untuk menguasai Tunisia. Walaupun, keinginan untuk pemerintahan sendiri masih wujud dan pada tahun 1910, Ali Bach Hamba dan Bechir Sfar menubuhkan sebuah kumpulan pemuda Tunisia yang kemudian menyebabkan penubuhan parti “Destour” (perlembagaan) pada tahun 1920. Untuk mengawal gerakan yang baru ini, pihak Perancis mempergunakan gabungan taktik ganjaran dan hukuman yang walaupun berkesan, tidak berupaya untuk menghentikan desakan untuk kemerdekaan. Pada tahun 1934, unsur-unsur parti Destour yang lebih muda dan lebih membara, muncul dengan Habib Bourguiba, Dr. Mahmoud Materi, Tahar Sfar, dan Bahri Guiga sebagai pemimpin-pemimpinnya. Dipanggil Neo-Destour, parti yang baru itu diharamkan dengan segera oleh pentadbiran Perancis.
Habib Bourguiba menghabiskan banyak waktu di dalam penjara-penjara perancis. Bagaimanapun, ini tidak dapat menyekat pengaruhnya ataupun menghentikan desakan untuk perubahan. Perang dunia II, memanfaatkan Bourguiba ketika beliau dipindah dari penjara-penjara Vichy Perancis ke Rom, dan kemudian ke Tunisia apabila Kuasa Paksi menempah pengaruhnya di Tunisia. Bourguiba tidak pernah melayani permintaan-permintaan tersebut. Dua bulan kemudian, Pihak Berikat menawan Tunisia.
sepuluh tahun yang berikut, perjuangan untuk kemerdekaan semakin bertambah kuat. Antara tahun-tahun 1952-1954,  Bourguiba sekali lagi dipenjarakan, dan mengakibatkan serangan-serangan oleh para penyokongnya. Keadaan berubah dengan tiba-tiba pada tahun 1954, apabila Pierre Mendes-France menjadi ketua kerajaan Perancis dan mengejarkan dasar untuk menarik diri daripada tanah-tanah jajahan Perancis, dengan Tunisia termasuk dalam kategori ini. Ini menyebabkan perjanjian April 1955 yang memberikan autonomi dalaman kepada Tunisia, manakala hubungan antarabangsanya diurus oleh Perancis, suatu keadaan yang serupa dengan kaedah pemerintahan Bey Turki sebelum tahun 1881.
Parti Neo-Detour kini memiliki penguasaan, tetapi Bourguiba enggan mengetuainya sehingga pihak Perancis melepaskan segala kuasanya terhadap Tunisia. Beliau tidak perlu menunggu lama, apabila Perang Kemerdekaan Algeria yang dahsyat mengubah minat Perancis terhadap penjajahan dan menyebabkan pemansuhan Perjanjian Bardo. Tunisia mencapai kemerdekaan penuh pada 20 Maret1956, Bourguiba menjadi Perdana Menteri dan tahun 1957, beliau menjadi presiden pertama Republik Tunisia ketika peranan perlembagaan Bey dibubarkan.

Post a Comment

Suara Pembaharu

{picture#https://lh3.googleusercontent.com/-KxCpQnd7tqI/AAAAAAAAAAI/AAAAAAAAAJk/t239p-tSaZY/s120-c/photo.jpg} Media Online, Suara Pembaharu. Menyajikan Informasi Aktual & Terpercaya. {facebook#http://facebook.com} {twitter#http://twitter.com} {google#http://google.com} {youtube#http://youtube.com} {instagram#http://instagram.com}
Powered by Blogger.